CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, December 31, 2008

tag di tahun baru...

saya telah di tag daripada seorang hamba allah bernama syud

jom..mari menjawab tag

1. 10 perkara pasal orang yang tag kamu
=) beliau adalah syuhada binti ahmad razlan
=) beliau orang kajang..saya juga orang kajang

=) beliau pernah menuntut di sekolah jalan bukit sama seperti saya

=) beliau merupakan orang pertama dalam ym list saya

=) beliau meminati subjek biologi *berkemungkinan saya menipu*

=) beliau dulu adalah rock!!!

=) beliau sekarang adalah balada *statement yang mampu menaikkan kemarahan beliau*

=) beliau akan datang mungkin etnik kreatif pula

=) beliau lebih teror bermain boling berbanding saya

=) beliau, yang nyata adalah lebih tinggi dari saya..walaupun begitu, saya lebih cantik daripada beliau.. *kenyataan yang benar serta jujur*



ok..cukup 10...next!!




2. Emo yang kamu suka

=) emo?? emosi?? saya mendengar lagu kau kunci cintaku di dalam hatimu dan juga selamat jalan romeo dendangan ramlah ram..emokah begitu??





3. Novel kegemaran

=)sudah lama tidak membaca novel.. tapi zaman dahulu kala, saya menyukai akan novel lagenda budak setan..



4. 5 benda yang kamu sayang

=) kad bank muamalat yang terisi di dalamnya ptptipu

=) handbag pn.faridah *sumber rujukan tatkala di hujung-hujung sem*

=) modem streamyx

=) external harddisk *sumber hiburan dikala tidak mendapat wireless di kolej*

=) peti ais.. *seminggu sekali saya akan mencucinya sebagai tanda sayang saya kepadanya*




5. Orang yang nak di tag

=) saya telah mencapai kata putus ingin mengtag roommate saya sofiah arshat

=)amanti dan lala...kalau nak buat pun boleh juga..

bermimpian...

boleh pula laa aku mimpi bapak aku kawin dengan si fouziah gous...itu la orang cakap jangan tido lepas asar..aku bedal gak..kan dah mimpi mengarut..xnak arr..x rela aku bermaktirikan si minah itu..mak aku lagi cantik...huwawawa

~fouziah gous~

~pn.faridah~

::::...see..see..aku tak tipu kan..mak aku lagi lawa dari beliau...:::

Tuesday, December 2, 2008

rancangan tv kegemaran...

dulu2 masa sekolah, banyak betul rancangan tv yang syok2 yang aku agak2 ingat sampai sekarang... setiap malam ada jer cerita best.. buku aku letak tepi..kalo ada homework (uish, lama sungguh x menggunakan perkataan inih) pun..aku tengok tv dulu pastu baru buat keja...memori aku dengan membuat homework nih macam cukup, boleh disavekan didalam pendrive bercapacity 128mb..tapi kalau rancangan tv, hard disk pun aku rasa x cukup nak simpan..bukannya aku x studi langsung..studi beb!!..ohhhoooo...aku studi...aku ingat lagi..ada pernah 1 malam ni..aku studi kt dapur..wahahah bodoh btol!! konon2 nak meja luas sikit...meja studi kt dalam bilik tu kecik...padehal nak tunjuk rajin la depan pacik rusli dan puan faridah.. poyokan saya inih?? itu cerita masa sekolah menengah.. sekolah rendah langsung x ingat bila aku studi.. tapi aku tau aku rajin buat math..mana boleh x rajin...cikgu garang siot!! 7 buah buku latihan aku staplerkan menjadi buku math..itu baru math 1..bila hantar math 1,guna math2..math 2 kurang sikit..guna 5 buah buku..





ok..berbalik pada cerita rancangan tv kegemaran...antara rancangan tv yang wajib aku tengok masa sekolah dulu ialah survivor...antara survivor yang aku tengok, seingat aku lar kan survivor borneo, outback, pearl island, dan africa..tu jer kot.. tapi yang paling aku suka adalah survivor borneo..ape ntah nama yang menang tuh..richard apekebenda tah... masa nak masuk season 2 baru aku tau yang season1 tuh buat kat borneo (lambat giler)...padan la aku sangat mengagumi keindahan alam kt situ (aicecece)..rupa2nya di tempat sendiri..






aku suka survivor bukanlah sebab mengagumi mereka2 yang perempuan berbikini..dan bukan juga kerana lelaki2 yang memakai shorts...kami sangat telah jatuh hati pada host reality show itu iaitu jeff probst..*penggunaan kami disini adalah kerana bukan saya sahaja yang meminati beliau malahan kawan baek saya, azira dan deskmate saya ketika itu aziah, juga meminati host tersebut*.. boleh pulak kitorang rebut2..malam ni minggu aku ngan jeff, minggu depan kau..minggu depannya lagi kau pulak..wahahah bodoh!! padehal tv masing2..aku dengan tv aku, korang dengan tv korang la..watpe la nak berebut jeff tiap2 minggu?..kitorang siap berdebat lagi siapa yang akan keluar minggu nih,minggu depan dan minggu berikutnya(perbincangan yang serius sekali time rehat).. dan ending nyer xde pun antara kami yang dapat c jeff tuh...padan muka!!






pastuh lepas PMR, aku masuk asrama...bukannya xde tv...tapi tragis aku melihatnya...kitorg gilir2 jaga wayar..nak bagi gambar tv clear..sedihkan?? kalau bernasib baik, tepuk sekali dua, ok dah..huhuhuh aku x suka zaman asrama...~tamat~






~kacak kan beliau inih?~
~sumber dari tenet~